Saturday, 14 July 2012

Makan-makan di Zon Selatan

Assalamualaikum...

Pada bulan Jun lepas banyak la pulak progam kursus sambil jalan-jalan. hehehe.. Bila lah lagi sambil kursus sambil jalan-jalan kan. Pada Jun lepas 2 kali pulak keluar dari Pulau Mutiara ini. Pada mulanya pergi ke Johor dan selepas itu sambung pulak ke Kundasang, Sabah. Memang seronok. Berehat sebentar dari menatap dokumen-dokumen yang berada di ofis. ^__* 

Semasa berada 4 hari 3 malam di Johor, kami menetap di Hotel Sri Impian, Bandar Baru Uda. Hotel kami tu berdekatan dengan Mydin dan memang meriah dengan restoran-restoran makanan. So tak susah la nak cari tempat makan kan. Semasa di Johor plan nak cari Asam Pedas Johor dan Laksa Johor. Al-maklum la pertama kalinya menjejakkan kaki ke Zon Selatan. So nak la jugak merasa masakan kat sana kan. Tetapi dukacitanya tak diketemui la pulak 2 menu itu. :o(

Rojak Singapore

Tapi apa-apa pun sempat la jugak merasa masakan yang berlainan daripada tempat asal. Antara menunya adalah seperti Rojak Singapore. Rojak Singapore ni kuahnya seperti kuah kacang. (memang pon kuah kacang) Cuma warna nya agak kemerah-merahan dan bahan-bahan yang ada di dalam rojak ni seperti cucur sayur, hotdog, ayam goreng, tauhu, ubi kentang, telur rebus pastu ada cucur yang dimasak dengan kacang dal. Tak tahu apa nama cucur tu pulak dah. hehehe. Pendek kata seperti Rojak India la. Lagi pun yang membuat nya pun mamak India juga. hehehe. Apa-apa pun memang sedap la. Gambar di atas sengaja tak bagi banyak kuah dulu sbb nak menampakkan campuran nya. Sebab sebelum letak kuah lupa nak ambik gambar. Dah tak sabar nak merasa rojak ni.


Otak-otak Ikan                                        
Otak-otak Ikan
























Selain itu, kami sempat la merasa jugak merasa otak-otak ikan ni. Sebelum ni memang pernah juga makan otak-otak ikan kat tempat lain. Tapi bagi saya rasanya agak berlainan sedikit.


Bubur Nasi Special

Semasa makan di Restoran Seafood Tomyam yang berhampiran dengan hotel kami, kebanyakan pengunjung memesan Bubur Nasi Special. Aku pun tak ketinggalan jugak la, nak la jugak merasa yg special sangat tu kan. Apabila tiba di meja makan, aku pun terkejut, memang special bubur nasi ni. Sebab sebelum ni, kalau makan bubur nasi takde la campuran seperti Bubur Nasi Special ni. Campuran nya adalah sayur kangkung tumis, kerang masak sambal, telur masin, lobak masin, ikan bilis masak sambal, dan semestinya ada kacang dan daun sup. Memang kenyang sangat. Next time, kalau nak masak bubur nasi nak try seperti Nasi Bubur Special ni la.

Kerang Masak Sambal

Last Day, sambil menunggu kawan sekursus ni shopping di Mydin, aku pulak menunggu dia di kedai makan sambil minum dan menonton wayang free. Al-maklum la wayang cetak rompak punya. Oppsss...!!! Kebetulan pulak masa tu cerita Hoore Hoore. Dari mula cerita Hoore Hoore sampai cerita tu habis aku menunggu di sana. Nasib baiklah la ada hiburan semasa aku menunggu tadi. Belek punya belek menu ditangan, ada la pulak  Kerang Masak Sambal. So sambil menunggu boleh lah aku order dan makan sambil-sambil menonton wayang free.

Satay campur ayam + daging

 Memandangkan aku ni peminat satay, dimana-mana saja adanya satay di depan mata, mestilah diorder punya. hehehe.. Jadi tidak ketinggalan ada la jugak satay diantara menu kami. Layaaaannnnnzzzzz......

Laksa Sarawak

Assalamualaikum....


Bessssttttt nya cuaca hari ni. Sejukkkk je memanjang. Membuatkan aku yg sudahnya malas ni semakin la malas pulak hari ini. Mata ni asyik nak pejam dan diselubungi selimut 24 jam. Sungguh indah berehat di rumah pada hari ini. Tetapi dalam keseronokan berselubung dengan selimut sambil menonton tv, perut ni mula la memainkan irama dangdut. Aduyaiiii.. Lapar la pulak. Tiba-tiba la teringat kat Laksa Sarawak. Pada mulanya plan nak pegi beli kat Raff Restaurant je. Tapi bila difikirkan balik, kalau buat sendiri lagi sedap. Nak letak apa pun boleh. Nak makan berkali-kali pun boleh. kekekeke. Tapi vitamin M ni amatlah kuat. So berfikir lagi. Fikiran pun melayang-layang memikirkan laksa yang dibuat sendiri. Nak beli ka nak buat sendiri, nak beli ka nak buat sendiri. Dan keputusan yang diberi Cik Hati adalah beli saja..!!! Ok, jom g beli kat Raff.



Perencah yang diguna
Dalam perjalanan nak pegi Raff tu, sempat la pulak otak ni melayang-layang terfikirkan kalau buat laksa sendiri boleh letak pelbagai bahan-bahan. Puas hati nak makan. Terbayang kat fishball, isi ayam dan lain-lain. Huwaaaaaa...!!! Akhirnya, pegi la jugak meredah hujan ke pasar yang semestinya sesak untuk membeli bahan-bahan nak buat laksa. Nasib baik kesemua bahan-bahan yang dicari ada kat satu tempat ni saja. So, tak payah la nak pusing-pusing ke kedai lain lagi.

Antara jenama Perencah Laksa Sarawak

Sesampainya di rumah, bermula la operasi menyediakan bahan-bahan membuat laksa. Perencah laksa ni memang ada stok di rumah. Selalunya saya menggunakan Perencah Laksa Hj Manan. Bawak dari kampung halaman hari itu. Yang best nya perencah Hj Manan ni, dia senang dan tak perlu ditapis lagi perencahnya. Cara-cara penyediaan pun ada disertakan juga. So senang la nak buat. Sebenarnya perencah Laksa Sarawak ni ada pelbagai jenama. Ada Perencah Laksa Liza, Perencah Laksa Cap Burung Layang-layang dan sebagainya. Terpulang la kepada citarasa masing-masing untuk menggunakan yang mana satu. Ok, sekarang nak share cara-cara penyediaan Laksa Sarawak yang terdapat di Perencah Hj Manan.

Campuran/bahan-bahan untuk laksa

Laksa Sarawak

Bahan-bahan
1 paket (200g) Perencah Laksa 'Hj Manan' 
500g udang
1/2 ketul dada ayam
1 peket mi hoon
300g taugeh
250ml pati santan (saya guna santan kotak saja)
Garam & Bahan Perasa
1 ikat daun ketumbar - tak letak
4 biji telur ayam
2 batang serai
2 kiub pati ayam (tambahan kalau suka)
*nak guna air lebihan rebus ayam tadi pun blh. (stok ayam)

Penyediaan Kuah Laksa
1. Kulit udang yang sudah dikupas direbus bersama serai ke dalam 2 liter air selama 20 minit.
2. Selepas itu toskan airnya dan masukkan perencah laksa dan kacaukan menggunakan api yang perlahan.
3.. Setelah mendidih, masukkan pati santan, garam, bahan perasa secukup rasa dan kiub pati ayam (tambahan kalau suka).
4. Tutup api apabila mendidih.

Penyediaan Bahan-bahan
1. Mee hoon dan taugeh dicelurkan ke dalam air panas.
2. Isi udang direbus
3. Isi ayam direbus, dan selepas itu dicarik/koyak halus
4. Telur dipukul dan digoreng dadar kemudiannya dihiris halus.
5. Bebola ikan digoreng dan kemudian nya dihiris halus bulat-bulat. (tambahan, kalau suka)
6. Sambal belacan (1 genggam ikan bilis, 5 biji cili padi, sedikit belacan, 3 biji limau kasturi dan sedikit air. Blendkan kesemuanya sehingga halus) -  kalau xda sambal belacan tak peeerrgghhh...!!!

Cara Hidangan
1. Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk dan letakkan taugeh, telur, isi ayam, udang, bebola ikan (tambahan, kalau suka) dan daun ketumbar (tak letak).
2. Masukkan kuah laksa tadi dan hidangkan.
3. Untuk rasa lebih enak, masukkan sambal belacan bersama cili dengan perahan limau kasturi.



*nota: sebenarnya cara penyediaan bahan-bahan laksa ni sama sahaja walaupun menggunakan perencah yang berlainan. Cuma dari segi penyediaan kuah saja yang berlainan dan hendaklah mengikut cara-cara yang disertakan bersama-sama perencah masing-masing.

Sunday, 8 July 2012

Kek Cawan Oreo Berkeju

Assalamualaikum...



Wokey, sekarang nak share resipi cupcake yang ke-2 yang dibuat pada hari yang sama dan masa yang sama. Terlebih rajin tadi kan. Tapi untuk topping cupcake oreo ni, topping nye saya buat pada petang hari ini. Kuih nya pulak, (dipanggil kuih ke??? whatever la.. hehehe) saya buat malam semalam bersama-sama dengan Cupcake Vanilla. Topping tu dibuat hari ni sebabnya dah tak larat nak buat malam semalam. Dan reason yang ke-2 nya pulak, peti ais dah tak muat. Okey la kot reason-reason tu. Tapi bila nak letak kedua-dua cupcake tersebut ke dalam peti ais, boleh la pulak muat. (dah mula melalut).




Okey2, nak share resipi dah. Resipi ni pun diambil daripada buku yang sama jugak. Buku Kek Cawan, Lynn Hassan terbitan Karangkraf.



Kek Cawan Oreo Berkeju
Sumber : Buku Kek Cawan Lynn Hassan
Olahan : foodeliciousz.blogspot.com

Bahan-bahan : 

Bahan A
150gm krim keju (saya guna krim keju Tartura)
40gm mentega (saya guna Buttercup)
40gm susu segar (saya guna Fresh Milk Dutch Lady)

Bahan B
120gm tepung halus
100 gm gula kastor
3 biji telur
1gm baking powde
7gm overlette

Tambahan
25gm serbuk oreo yang dihancurkan
*cara saya : saya buangkan inti oreo dan hancurkan menggunakan tangan

Cara-caranya :
1. Cairkan kesemua Bahan A secara 'double boil'. Biarkan suam seketika.
2. Masukkan kesemua bahan B ke dalam mesin pengadun. Pukul dengan kelajuan tinggi kesemua bahan sampai ringan.
3. Campurkan adunan Bahan A dan B, taburkan serbuk oreo. Kacau sampai rata.
4. Isikan adunan ke dalam kek cawan (hampir penuh) - saya guna piping beg untuk masukkan adunan ke dalam acuan kertas.
5. Bakar adunan secara 'water bath'. Bakar dengan suhu 170c selama 35 - 40 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)

Perhatian : 
Bakar secara Water Bath - susun mangkuk kek cawan ke dalam dulang. Tuangkan air panas mendidih ke dalam dulang pembakar. Barulah dibakar.


 
 Kaedah Water Bath


Topping :
100gm non diary whipping cream
50gm daiy anchor cream - saya tak letak, guna non diary whipping cream saja

Cara-caranya :
1. Curahkan krim putar 'non diary' dan putar sekejap sehingga ringan sedikit menggunakan kelajuan yang maksimum. Campurkan krim putar dairy.
2. Putar kedua-dua bahan sehingga ringan. Jika suka boleh bubuh serbuk koko.
4. Masukkan ke dalam piping beg.
5. Paipkan pada kek cawan, taburkan serbuk oreo dan hiasilah mengikuti kreativiti masing-masing.
* cara saya : saya cuma putar non diary whipping cream sehingga ringan saja. Tak letak Anchor Cream. Pastu ikut cara 4 dan 5.





Kek Cawan Vanilla

Assalamualaikum....

Buku Kek Cawan Terbitan Karangkaf

Lama dah rsnya tak melawat blog ku ini. Al maklum la, sibuk memanjang. Apa yang disibukkan tu pun, ntahlah. kekekeke... Apa-apa pun dihujung minggu yang free & sedikit boring ini, tetiba datang la pulak mood rajin. Siap plan nak buat 2 jenis cupcake lagi tu. Tetiba teramat rajin kan. Lagi pun, masa menghadiri kursus kat JB ari tu, sempat la jugak membeli buku-buku masakan & novel. Nasib baik la minggu ni tak nak baca novel. Kekadang novel ni melalaikan jugak. Dah syok baca novel confirm keja-keja rumah akan terbengkalai. Tak boleh diamalkan selalu. hehehe..


 Ok berbalik kepada buku masakan yang dibeli ari tu, sempatlah jugak saya mencapai satu buku terbitan Karangkraf iaitu Kek Cawan. Belek punya belek so TERbeli la pulak dan TERuja la pulak dah nak mencuba resipi cupcake yang kat dalam buku tu. Maka pada hujung minggu ini lah masa yang terbaik untuk mempraktikkan nya. Alhamdulillah, kedua-duanya resipi yang dicuba berhasil walaupun tak secantik dan masih sememeh lagi. 1st trial la katakan. (boleh ka guna alasan tu) hehehe.. So, bagi sesiapa yang hendak mencuba resipi ini , jom kita tinjau bahan-bahan & cara-cara untuk membuat Cupcake Vanilla ini.



Kek Cawan Vanilla
Sumber : Buku Kek Cawan Lynn Hassan
Olahan : foodeliciousz.blogspot.com

Bahan-bahan : 
290gm tepung naik sendiri (diayak)
250gm mentega dalam tin/marjerin (saya guna buttercup)
210gm gula kastor
4 biji telur
2 sudu teh serbuk vanilla
4 sudu makan susu segar (saya guna fresh milk Dutch Lady)

Cara-caranya :
1. Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati. Masukkan telur satu persatu dan serbuk vanilla, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Kacau rata. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas sehingga hampir penuh.
* cara saya : saya masukkan adunan tersebut ke dalam piping beg agar mudah untuk memasukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
Menggunakan piping beg agar mudah memasukkan adunan ke dalam mangkuk kertas
3. Bakar selama 23 minit dengan suhu 180c.
*cara saya : bakar selama 20 minit dengan suhu 150c.
 (terpulang kepada ketuhar masing-masing)



Toping
150gm krimwell
50gm mentega tulen (saya guna buttercup)
230gm gula aising
1 sudu teh perisa vanilla
1 sudu makan serbuk putih telur / meringue powder (optional) - saya tak letak

Cara-caranya :
1. Pukul krimwell sekejap, masukkan mentega dan pukul selama 5 minit.
2. Masukkan gula aising, serbuk putih dan perisa vanilla, pukul sehingga kembang.
3. Masukkan ke dalam piping beg dan bolehlah mula untuk decorate.
* cara saya : saya bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian. Adunan 1 letak strawberry paste & 1 adunan lagi letak warna biru. Saje je untuk bagi colouful ckit.