Saturday, 14 July 2012

Laksa Sarawak

Assalamualaikum....


Bessssttttt nya cuaca hari ni. Sejukkkk je memanjang. Membuatkan aku yg sudahnya malas ni semakin la malas pulak hari ini. Mata ni asyik nak pejam dan diselubungi selimut 24 jam. Sungguh indah berehat di rumah pada hari ini. Tetapi dalam keseronokan berselubung dengan selimut sambil menonton tv, perut ni mula la memainkan irama dangdut. Aduyaiiii.. Lapar la pulak. Tiba-tiba la teringat kat Laksa Sarawak. Pada mulanya plan nak pegi beli kat Raff Restaurant je. Tapi bila difikirkan balik, kalau buat sendiri lagi sedap. Nak letak apa pun boleh. Nak makan berkali-kali pun boleh. kekekeke. Tapi vitamin M ni amatlah kuat. So berfikir lagi. Fikiran pun melayang-layang memikirkan laksa yang dibuat sendiri. Nak beli ka nak buat sendiri, nak beli ka nak buat sendiri. Dan keputusan yang diberi Cik Hati adalah beli saja..!!! Ok, jom g beli kat Raff.



Perencah yang diguna
Dalam perjalanan nak pegi Raff tu, sempat la pulak otak ni melayang-layang terfikirkan kalau buat laksa sendiri boleh letak pelbagai bahan-bahan. Puas hati nak makan. Terbayang kat fishball, isi ayam dan lain-lain. Huwaaaaaa...!!! Akhirnya, pegi la jugak meredah hujan ke pasar yang semestinya sesak untuk membeli bahan-bahan nak buat laksa. Nasib baik kesemua bahan-bahan yang dicari ada kat satu tempat ni saja. So, tak payah la nak pusing-pusing ke kedai lain lagi.

Antara jenama Perencah Laksa Sarawak

Sesampainya di rumah, bermula la operasi menyediakan bahan-bahan membuat laksa. Perencah laksa ni memang ada stok di rumah. Selalunya saya menggunakan Perencah Laksa Hj Manan. Bawak dari kampung halaman hari itu. Yang best nya perencah Hj Manan ni, dia senang dan tak perlu ditapis lagi perencahnya. Cara-cara penyediaan pun ada disertakan juga. So senang la nak buat. Sebenarnya perencah Laksa Sarawak ni ada pelbagai jenama. Ada Perencah Laksa Liza, Perencah Laksa Cap Burung Layang-layang dan sebagainya. Terpulang la kepada citarasa masing-masing untuk menggunakan yang mana satu. Ok, sekarang nak share cara-cara penyediaan Laksa Sarawak yang terdapat di Perencah Hj Manan.

Campuran/bahan-bahan untuk laksa

Laksa Sarawak

Bahan-bahan
1 paket (200g) Perencah Laksa 'Hj Manan' 
500g udang
1/2 ketul dada ayam
1 peket mi hoon
300g taugeh
250ml pati santan (saya guna santan kotak saja)
Garam & Bahan Perasa
1 ikat daun ketumbar - tak letak
4 biji telur ayam
2 batang serai
2 kiub pati ayam (tambahan kalau suka)
*nak guna air lebihan rebus ayam tadi pun blh. (stok ayam)

Penyediaan Kuah Laksa
1. Kulit udang yang sudah dikupas direbus bersama serai ke dalam 2 liter air selama 20 minit.
2. Selepas itu toskan airnya dan masukkan perencah laksa dan kacaukan menggunakan api yang perlahan.
3.. Setelah mendidih, masukkan pati santan, garam, bahan perasa secukup rasa dan kiub pati ayam (tambahan kalau suka).
4. Tutup api apabila mendidih.

Penyediaan Bahan-bahan
1. Mee hoon dan taugeh dicelurkan ke dalam air panas.
2. Isi udang direbus
3. Isi ayam direbus, dan selepas itu dicarik/koyak halus
4. Telur dipukul dan digoreng dadar kemudiannya dihiris halus.
5. Bebola ikan digoreng dan kemudian nya dihiris halus bulat-bulat. (tambahan, kalau suka)
6. Sambal belacan (1 genggam ikan bilis, 5 biji cili padi, sedikit belacan, 3 biji limau kasturi dan sedikit air. Blendkan kesemuanya sehingga halus) -  kalau xda sambal belacan tak peeerrgghhh...!!!

Cara Hidangan
1. Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk dan letakkan taugeh, telur, isi ayam, udang, bebola ikan (tambahan, kalau suka) dan daun ketumbar (tak letak).
2. Masukkan kuah laksa tadi dan hidangkan.
3. Untuk rasa lebih enak, masukkan sambal belacan bersama cili dengan perahan limau kasturi.



*nota: sebenarnya cara penyediaan bahan-bahan laksa ni sama sahaja walaupun menggunakan perencah yang berlainan. Cuma dari segi penyediaan kuah saja yang berlainan dan hendaklah mengikut cara-cara yang disertakan bersama-sama perencah masing-masing.

2 comments:

  1. Admin, tumpang iklan. Sape nak Pes Liza's Laksa Sarawak ni, boleh pegi page bawah. Delivery boleh diatur. :-)
    http://www.facebook.com/lizaspastemiri
    http://www.instagram.com/lizaspastemiri

    ReplyDelete
  2. Madam mana man order 1kotak ini dan hantar ke sabah

    ReplyDelete