Pada bulan Jun lepas banyak la pulak progam kursus sambil jalan-jalan. hehehe.. Bila lah lagi sambil kursus sambil jalan-jalan kan. Pada Jun lepas 2 kali pulak keluar dari Pulau Mutiara ini. Pada mulanya pergi ke Johor dan selepas itu sambung pulak ke Kundasang, Sabah. Memang seronok. Berehat sebentar dari menatap dokumen-dokumen yang berada di ofis. ^__*
Semasa berada 4 hari 3 malam di Johor, kami menetap di Hotel Sri Impian, Bandar Baru Uda. Hotel kami tu berdekatan dengan Mydin dan memang meriah dengan restoran-restoran makanan. So tak susah la nak cari tempat makan kan. Semasa di Johor plan nak cari Asam Pedas Johor dan Laksa Johor. Al-maklum la pertama kalinya menjejakkan kaki ke Zon Selatan. So nak la jugak merasa masakan kat sana kan. Tetapi dukacitanya tak diketemui la pulak 2 menu itu. :o(
Rojak Singapore |
Tapi apa-apa pun sempat la jugak merasa masakan yang berlainan daripada tempat asal. Antara menunya adalah seperti Rojak Singapore. Rojak Singapore ni kuahnya seperti kuah kacang. (memang pon kuah kacang) Cuma warna nya agak kemerah-merahan dan bahan-bahan yang ada di dalam rojak ni seperti cucur sayur, hotdog, ayam goreng, tauhu, ubi kentang, telur rebus pastu ada cucur yang dimasak dengan kacang dal. Tak tahu apa nama cucur tu pulak dah. hehehe. Pendek kata seperti Rojak India la. Lagi pun yang membuat nya pun mamak India juga. hehehe. Apa-apa pun memang sedap la. Gambar di atas sengaja tak bagi banyak kuah dulu sbb nak menampakkan campuran nya. Sebab sebelum letak kuah lupa nak ambik gambar. Dah tak sabar nak merasa rojak ni.
Otak-otak Ikan |
Otak-otak Ikan |
Selain itu, kami sempat la merasa jugak merasa otak-otak ikan ni. Sebelum ni memang pernah juga makan otak-otak ikan kat tempat lain. Tapi bagi saya rasanya agak berlainan sedikit.
Bubur Nasi Special |
Semasa makan di Restoran Seafood Tomyam yang berhampiran dengan hotel kami, kebanyakan pengunjung memesan Bubur Nasi Special. Aku pun tak ketinggalan jugak la, nak la jugak merasa yg special sangat tu kan. Apabila tiba di meja makan, aku pun terkejut, memang special bubur nasi ni. Sebab sebelum ni, kalau makan bubur nasi takde la campuran seperti Bubur Nasi Special ni. Campuran nya adalah sayur kangkung tumis, kerang masak sambal, telur masin, lobak masin, ikan bilis masak sambal, dan semestinya ada kacang dan daun sup. Memang kenyang sangat. Next time, kalau nak masak bubur nasi nak try seperti Nasi Bubur Special ni la.
Kerang Masak Sambal |
Last Day, sambil menunggu kawan sekursus ni shopping di Mydin, aku pulak menunggu dia di kedai makan sambil minum dan menonton wayang free. Al-maklum la wayang cetak rompak punya. Oppsss...!!! Kebetulan pulak masa tu cerita Hoore Hoore. Dari mula cerita Hoore Hoore sampai cerita tu habis aku menunggu di sana. Nasib baiklah la ada hiburan semasa aku menunggu tadi. Belek punya belek menu ditangan, ada la pulak Kerang Masak Sambal. So sambil menunggu boleh lah aku order dan makan sambil-sambil menonton wayang free.
Satay campur ayam + daging |
Memandangkan aku ni peminat satay, dimana-mana saja adanya satay di depan mata, mestilah diorder punya. hehehe.. Jadi tidak ketinggalan ada la jugak satay diantara menu kami. Layaaaannnnnzzzzz......
No comments:
Post a Comment