Semalam teringin sangat nak makan makanan yang disaluti coklat.. entah kenapa tiba-tiba nak makan benda yang manis2 jer.. teringat kat eskem McFlurry Oreo la, Sundae Coklat la, pastu kek coklat la.. addooiiii.. banyak benda nak makan.. pastu terfikir pulak nak buat kek batik nea.. kek nea pun ala-ala coklat jugak kan.. so survey dapur, jengok sana jengok sini bahan-bahan mencukupi.. yeaayyy...!! dengan semangat yang berkobar-kobar nea membuat la pulak kek batik yg simple nea.. tak sampai 45 minit pun membuat nya..
Nak cerita ckit pasal Kek Batik Dot Dot nea.. Al kisahnya, kek nea selalunya orang guna roti meri.. so kali nea kita guna biskut jejari pulak.. sebab tu la apabila kek nea dipotong, ianya akan menampakkan dot dot nya itu.. (kalau bahasa broken, harap maaf ye ^_*).. dan kek ini resipi nya saya tinjau daripada blog Dari Dapur Ummi.. Terima Kasih atas resipinya.. mmg meletop gebaaa boomm kepada penggemar kek batik n coklat.. jom kita lihat resipinya.. sebelum itu, mohon izin untuk share resipi ini yer..
Kek Batik Coklat Dot Dot
Resipi : Dari Dapur Ummi
Olahan : nazriela2911.blogspot.com
Bahan-bahannya:
½ buku buttercup /125g marjerin/mentega (saya guna buttercup)
2 cwn tepung gandum (*lain kali letak 1 1/2 cawan sahaja)
2 biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari
sedikit esen vanilla
Cara-caranya :
1. Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
2. Masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
3. Kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
dikacau selalu.
4. Tutupkan api & patah2 kan dua biskut jejari dan digaul rata
*Boleh juga ditambah coklat chip - jika suka
5. Bubuh ke dlm bekas/loyang yg dilapik plastik lalu tekan2 & mampatkan adunan
tersebut.
6. Simpan dlm peti sejuk selama 4 jam dan kemudian bolehlah dipotong.
*Ketika nak meratakan/mampatkan permukaan adunan sarungkan tangan dgn plastik kerana ianya tidak akan melekat dan tekankan perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment