Thursday 21 June 2012

Kek Lapis Blueberi

Assalamualaikum...

Ok kali nea, nak share resipi Kek Lapis Blueberi yang berkurun lamanya di simpan sebagai tatapan sendiri sahaja. hehe.. kek nea dibuat apabila encik suami nak kembali bertugas ke tempat beliau mencari rezeki.. buat bekalan untuk dia sendiri dan sahabat baiknya nun jauh di sana.. Sedih la pulak terkenangkan encik suami nea.. dah sudah.. Jom ler kita lihat resipi yang diperolehi daripada buku Kek Lapis Sarawak Jilid 4, Rabiah Amit yang menjadi koleksi saya sendiri.

Kek Lapis Blueberi
Inspirasi : Buku Kek Lapis Sarawak 4, Rabiah Amit
Olahan : nazriela2911.blogspot.com

Bahan-bahannya:
Bahan A
15 biji kuning telur
6 biji putih telur
250gm gula halus (kurangkan kalau tak nak manis)
250gm tepung hong kong
1 sudu makan ovalette

Bahan B
450gm mentega (saya guna buttercup)
4 sudu makan susu pekat/manis
4 sudu makan seri kaya

Bahan C
200gm pes blueberi

Cara-caranya :
1. Pukul telur bersama-sama gula halus dan ovalette hingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit, pukul lagi.
3. Bahan B dipukul berasingan, pukul hingga sebati.
4. Kemudian bahan B dimasukkan ke dalam adunan bahan A yang sudah kembang
    tadi dan gaul rata.
5. Masukkan 4 sudu makan adunan ke dalam acuan pembakar, ratakan dan bakar
    hingga masak.
6. Sapukan pes blueberi di atas adunan yang telah masak tadi, kemudian masukkan
    lagi 4 sudu makan adunan dan bakar lagi.
7. Ulang langkah 6 sehingga adunan habis.

Nota : Guna acuan pembakar saiz 8 1/2 x 8 1/2 inci

Cara saya :
1. Langkah 1 hingga 4 sama seperti di atas.
2. Apabila adunan telah disatukan, bahagikan kepada 2 bahagian sama rata
3. Adunan pertama saya masukkan 1 sudu teh pewarna ungu, manakala adunan kedua dibiarkan warna asal.
4. Selepas itu, masukkan 4 sudu adunan warna asal ke dalam acuan pembakar, ratakan dan bakar hingga masak sehingga keperangan untuk menampakkan lapisan nya..
5. Apabila telah masak, tekan permukaan kek dengan alat penekan supaya rata.  Sapukan pes blueberi di atas adunan yang telah masak tadi,
6. Kemudian masukkan pula adunan warna ungu, ratakan dan bakar hingga masak sehingga keperangan.
6. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga adunan habis.
 
* cara melapis di atas secara selang seli sahaja. Tujuan letak warna ungu tu saja jer nak bagi nmpk menarik..

* Untuk melapis kek seperti yang di dalam gambar, boleh rujuk kat gambar tu yer.. sbb x tau nak bagitau macam mana.. sorry yer.. ^__*

                                            - nea salah satu contoh alat penekan kek -

No comments:

Post a Comment