Sunday, 24 June 2012

Panduan Membuat Kek Lapis - Part 1

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu buat semua. Cuaca hari ini, agak berjerebu dan panas. Inilah yang membuatkan agak malas untuk keluar beraktiviti. So, hari ini duduk kat rumah saja. Tengok tv, makan, tdo, tengok tv lagi, makan lagi, tdo dah cukup. hehe.. Apabila mata dah tak nak dilelapkan lagi, mulalah mencari bahan-bahan bacaan untuk menghilangkan rasa boring. Belek punya belek, terjumpa la pulak Buku Variasi Kek Lapis : Teknik membakar & Mengukus. Buku ni memang best dan membantu kepada sesiapa sahaja yang ingin mengenali dan belajar membuat Kek Lapis. Kepada sesiapa yang tidak memperolehi buku ini (ada jugak member yang tercari2 buku ni, tapi tak jumpa dah) apa kata, saya kongsikan serba sedikit intisari yang terdapat dalam buku ini. Moga-moga kita semua mendapat serba sedikit ilmu yang  dikongsikan bersama.

*apa yang dikongsikan ini, saya copy n paste jer ayat2 yang kat dalam buku tu. Gambar pulak saya copy dari google saja. Lebih kurang sama jer.. ^__^

Panduan Membuat Kek Lapis
Sebelum anda membuat kek lapis, anda hendaklah mengenali peralatan dan bahan-bhaan yang digunakan. ini untuk memastikan kejayaan anda membuat kek tersebut.

Ketuhar
  • Gunakan ketuhar elektrik jenis konvensional (conventional oven) yang mempunyai fungsi api atas dan bawah. Kebanyakan kek lapis yang dibakar, menggunakan api atas atau gril kerana ia dimasak selapis demi selapis. 
  • Ketuhar jenis gas yang mempunyai api bawah sahaja tidak sesuai untuk membuat kek lapis ini. Begitu juga dengan ketuhar gelombang mikro (mikrowave).




Nota :
*so kepada kengkawan yang asyik bertanya bolehkah menggunakan oven  api bawah sahaja atau menggunakan microwave, maka di atas lah jawapan nya.
* nak tambah sikit, tujuan menggunakan api atas adalah bagi menampakkan layer dan agar nampak menarik pada kek lapis. kalau kek kukus tidak akan menampakkan layer yang dimaksudkan.






Pengadun Elektrik
contoh pengadun berkuasa besar (menjadi idamanku)
  • Pengadun elektrik jenis pegang (hand mixer) juga boleh digunakan. Tetapi untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. adalah dicadangkan menggunakan pengadun berkuasa besar. Pengadun jenis ini mempunyai lebih kuasa dan ia mengadun kek dengan lebih baik dan lebih cepat. 

mixer yang ni pun blh, seperti mixer saya
hand mixer pun boleh















Nota : 
* kalau nak guna mixer yang bukan berkuasa besar pun ok jugak. Saya pun guna yang biasa2 saja. Insyallah kalau ada rezeki, nak la jugak pengadun yang bekuasa besar tu. hikhikhik.. ^__*




Periuk Kukus
  •  Periuk kukus ini digunakan untuk mengukus kek lapis jenis kukus. Dapatkan periuk kukus yang bersaiz 11 inci atau lebih besar. Ini kerana kebanyakan resipi menggunakan tin pembakar (loyang) yang berukuran 8 inci dan 9 inci.


No comments:

Post a Comment