Friday, 22 June 2012

Teater & Mr McD

Assalamualaikum...

Program di malam hari Jumaat ni, kiteorang (housemate & jiran kat bawah) pergi menonton Teater Muzikal Si Merah & Si Putih di Auditorium Anjung Budaya Layang-Layangan, Labuan. Makceh kepada jiran yang inform pasal teater tu, dan sanggup ambikkan tiket untuk sama-sama pergi tengok teater tu.1st time tau ada teater kat Labuan. Macam pisang goreng jer laku tiket tu, lebih-lebih lagi free kan. Papa pun syabas kepada mereka yang telah menjayakan teater tersebut, walaupun julung kalinya diadakan. Bagi saya memang best. Sebab saya nea berjiwa sastera dan seni ckit (konon nyer). hehe.. Tapi housemate dan jiran pun puji jugak teater tu best. Saya bagi markah 4.45 daripada 5 la.. Kira ok la kan.. Diaorang sempat promote lagi, pada bulan September & November pun berkemungkinan ada lagi teater yang akan dibuat. Macam best la pulak kan. Ye la, itu jer la aktiviti yang ada kat cnea untuk menghiburkan hati yang sunyi sepi ini. Cheewaaahhh...!!!


Selepas menyaksikan Teater Si Merah & Si Putih ni, kiteorang pun pergi la minum2 dan makan2. Kat mana lagi, tempat makan kegemaran ramai la.. Mr McDonald's.. Satu-satunya McDonald di Labuan yang terletak di Airport Labuan. Kadang-kadang tu, airport crowded bukan nya sebab nak hantar atau ambil flight passenger, tetapi crowded disebabkan orang nak g hantar perut kat McD.. hehe.. Dan harga pun mahal ckit la berbanding di luar kawasan airport. Nak tak nak, dah nak sangat makan makanan Mr McD tu, pergi la jugak kan. Masa mula-mula datang cnea, Mr McD xde tau. Mula beropersi 3 tahun yang lepas kalau tak silap. Ksian kalau teringat kat eskem n burger si McD ni. Tapi sekarang, Labuan dah semakin maju, indah dan permai tau. Macam-macam ada dah sekarang.

Selalunya kalau g cnea, mesti order Spicy Chicken McDeluxe. Tapi pada kali nea, teringin pulak nak makan yang ada rasa cheese n beef. So, kali ni order Double Cheese Burger sahaja. Pai Epal tu hanya untuk hiasan saja k. Yang tu, housemate punye. Nanti kena cakap banyak makan la pulak. hehe..


Lepak punya lepak, pukul 10.30 barulah kiteorang gerak untuk balik ke rumah masing-masing. Penat dan mengantuk pulak terasa dah. Esok (Sabtu) pun kena kerja juga sebab nak habiskan kerja yang tertangguh sebelum pergi berkursus di satu tempat ni. Ok la, sampai di sini saja untuk kali ini. Sebelum vitamin merapu menular, baiklah badan ini direhatkan dan mata ini ditidurkan dahulu yer.. Nanite u olls..!!

No comments:

Post a Comment