Thursday, 21 June 2012

Sarapan Pagi

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia...

Cuaca pada pagi Jumaat hari ini sangat indah.. Dan semangatku untuk bekerja pada hari ini tersangat lah rajin nyer. Mana tak nya, esok dah hujung minggu dan bolehlah berehat di rumah sepuasnya.. hehe.. Pagi ini, aku dan geng ofisku (bukan gangster ye) pergi lah bersarapan ke tempat yang selalu kami kunjungi. Ianya terletak di Membidai, iaitu kantin Jabatan Kesihatan Negeri kepunyaan Abang Saman (nama glamer). Kat kantin nea pames tau dengan gado-gado & soto makasar nya. Kalau pegi kantin nea, kompom saya akan order Gado-Gado Nasi Impit Ayam Goreng.. Sedaaappppp wa cakap sama u ollzzz...!!! Tapi hari nea takde rezeki pulak dah. Sebab Gado-Gado dah habis.. Memang laku. Kecewa hatiku pada hari ini. So sarapan hari ini bertukar pulak ke Soto Makasar atau nama lain nya Coto Makasar. Sama la kot.

                                        Soto Makasar Meehoon Ayam (ini saya punye)

 Saya mula mengenali Soto Makasar apabila saya bekerja di Pulau Labuan nea tau. Sebab kat Miri, sepanjang hidupku di sana tak pernah lagi jumpa menu yang sebegini. Ker sebenarnya ada jugak, tapi tak tahu kat mana mungkin. hehe.. Jadi apabila menjejakkan kaki ke sini, barulah dapat merasa menu yang lain daripada tempat asal. Member bagitau, menu nea asalnya daripada orang Bugis. (kalau silap jangan marah yer). Kuahnya diperbuat daripada kacang tanah, dan boleh dimakan bersama meehoon atau nasi impit atau nama lainnya ketupat nasi dan bolehlah membuat pilihan samada nak letak daging atau ayam. Kekadang tu, member pernah jugak order nak letak berubut @ babat @ nama lain nya lagi perut sapi. Apa-apa pun boleh bah..!! hehe.. Sedapnya Soto Makasar nea sebab rasa rempah ratusnya, rasa kuah kacang nya itew dan bagi saya paling penting mesti ada bawang goreng dan sambal nya yang tersendiri.. Member bagitau lagi, soto nea mmg ada sambal nya sendiri.. Kalau xda, kurang ummpphh..!!  Kekadang kan, pernah jugak order soto nea kat tempat lain, citarasanya memang kureng ckit sebab xda bawang goreng n sambal nya kot..  Itu pendapat saya la.. Masing-masing punya citarasa kan.. Apa-apa pun mari kita layan gambar Soto Makasar ini. Tengok gambar saja la yer.. *wink*

             Soto Makasar Meehoon + Nasi Impit + Ayam (ini member yang empunya)
                

         Soto Makasar Meehoon + Nasi Impit + Ayam (ini member yang empunya juga)

No comments:

Post a Comment