Sunday, 12 May 2013

Red Velvet Cupcake untuk Hari Ibu


Red Velvet Cupcake untuk Hari Ibu
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini, 12.05.2013 atau minggu kedua di dalam bulan Mei, merupakan Hari Ibu. Diucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu, terutama sekali kepada ibu kandung Sapariah @ Norma binti Hj Suip dan ibu mertua Rosnah Binti Abu Bakar. IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU. Tanpa pengorbanan mak yang telah mengandungkan saya selama 9 bulan, yang telah menahan sakitnya sewaktu melahirkan saya, yang telah menyusukan saya apabila saya haus atau lapar, dan sekiranya tanpa kasih sayang dan pengorbanan mak semasa membesarkan saya, tanpa penat dan lelah mak menjaga saya semasa saya sakit, dan tanpa merungut penat balik daripada kerja mak terus memasak untuk saya, dan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar mak kepada saya selama ini, mungkin saya tidak akan dapat terus hidup seperti hari ini. Alhamdulillah dan terima kasih diatas segalanya mak. Sejujurnya, saya tidak dapat membalas atas apa yang telah mak curahkan kepada saya. Hanya dengan iringan doa, agar mak diampunkan dosa, dibahagiakan di dunia dan diakhirat, diberkati di dunia dan di akhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, diberi kesihatan selalu dan agar mak sentiasa dilindungi dimana sahaja dia berada. Hanya berdoa kepada Allah S.W.T untuk mak, yang hanya dapat dilakukan. I love u mak...!!!

Sempena Hari Ibu ni, dengan bersungguh-sungguh nya saya membuat cupcake istimewa untuk mak, mak mertua dan makcik-makcik yang berada di Miri. Dan pertama kalinya juga, saya telah mencuba Red Velvet Cake Mix yang dijual di KST Bakery Ingredients, Miri. Senang, mudah, ringkas dan cepat jawapannya. hehe.. Hanya perlu menambah air sebanyak 195gm dan minyak masak sebanyak 100gm. Lepas tu gaulkan menggunakan mixer dan selepas itu bolehlah dibakar. Sangat mudahkan. Bagi saya, rasanya agak sedikit manis, tapi memang sedap. Saya telah membuat 2 bungkus Red Velvet Cake Mix, dan hasilnya saya mendapat sebanyak 32 biji cupcake. (mengikut size cupcake masing-masing). Topping nya pulak, saya menggunakan cream cheese. Memang gabungan yang mantap. Resipi cream cheese ada saya sediakan. Manakala dekorasi terpulanglah kepada krativiti masing-masing. Walaupun agak sedikit comot, tapi saya membuatnya dengan penuh kasih sayang tau.  ^__*


Dibeli daripada KST Bakery Ingredients

CREAM CHEESE TOPPING
250gm cream cheese 
4 sudu besar mentega
2 sudu besar gula icing






Monday, 6 May 2013

Makan-makan di D326 Al-Khor, Qatar



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Tetiba pada hari ini, belek punya belek gambar-gambar yang dah berkulat kat dalam pc ni, terjumpa la pulak antara gambar-gambar kenangan semasa berada selama 3 bulan di Qatar. Mengikut suami la katakan. Kiranya honeymoon la jugak untuk pengantin baru seperti kami. Terimbau la pulak nostalgia pengantin baru. kekeke..

Sushi-ing

Pada mulanya, Encik Suami tak la pulak pernah merasa Sushi ni. Jadi kiranya baru merasa dan makan apa kah itu Sushi. Pada satu hari tu, semasa membeli belah barang keperluan dapur bersama suami di Carrefour, teringin la pulak nak makan Sushi. Jadi kita pun try la satu dan nak memperkenalkan kepada dia si Sushi ni.  Haaaa, jgn tak tahu, kat Qatar pun ada Carrefour tau. Sesampainya di rumah Encik Suami terus ngap, sampaikan tak ingat bini dok sebelah memerhati mintak disuapkan. hahaha.. Baru tau penangan si Sushi ni. Sebenarnya Sushi ni, tak la sesedap sangat pun. Tapi kalau dah favourite, nak kata apa lagi kan. hahaha.. Sesetengah orang tu tak suka Sushi sebab rasa seaweed yang ada pada Sushi. Nak dijadikan cerita sampai sekarang, kalau dah tak tahu nak masak dan nak makan apa, rela pulak suami pegi Carrefour Land Mark semata-mata nak beli sushi. Haaaa belum lagi cerita pasal ikan salmon. hehehehe...


Marinade Lamb Ribs

Kalau sebut saja pasal daging kambing, memang kegemaran suami. Tetapi paling digemari jika ianya dipanggang. Saya pulak pada mulanya tidak menggemari kambing. Mungkin disebabkan bau daging yang kadang-kadang masih hanyir. Lama kelamaan sejak duduk bersama suami yang gemar makan kambing ni, boleh la pulak mencuba sedikit demi sedikit. Dan akhirnya suka jugak. TETAPI hanya yang dipanggang sahaja. Kalau daging kambing yang dimasak gulai, mungkin masih tak dapat diterima.



Ikan Salmon yang segar

Aktiviti panggang memanggang ni, dilakukan di dalam rumah. Memang semerbak baunya dan berasap la satu rumah. Lagi pun, grill pan ni merupakan hadiah perkahwinan kami berdua yang dihadiahkan oleh kawan suami di Qatar. Jadi untuk merasmikan grill pan tersebut, kita buat lah aktiviti memanggang yang tidak dirancang. Kebetulan pulak masa tu, hujan turun dan sejuk sangat-sangat, dan terfikir nak makan yang hot & spicy, jadi kami pun memanggang di dalam rumah. Saya dan suami pergi la ke kedai Kebayan yang terletak tidak berapa jauh daripada rumah, untuk membeli serba sedikit makanan untuk dipanggang berdua sahaja. Tak panggil orang pun. Kan tidak dirancang namanya. hehehe... Kami membeli lamb ribs, sedikit udang dan bahan-bahan perapan. Kebetulan pulak ikan salmon pada masa tu ada di dalam peti ais dan baru beli, so bermulalah aktiviti memanggang indoor yang tidak dirancang. Memang menyelerakan dan seronok. Rindu la pulak nak makan macam ni lagi. Mmmmm yummyyyyy....!!!

Ikan Salmon panggang dan ommelette

Puding Koktel Berkuah




Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Mmmmmm sejuk je tekak bila makan puding koktail ni. Lebih-lebih lagi sekarang ni musim panas. Memang sangat sesuai untuk menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan yang tengah suam-suam kuku ni. Resipi Puding Koktel Berkuah ni saya tinjau kat Kongsi Resipi. Tak ingat la pulak sapa dah nama empunya resipi ni. Terima kasih diatas resipi yang telah dikongsi bersama. Saya mintak izin juga kepada empunya resipi untuk disiarkan di dalam blog saya pulak ye. Mari kita lihat resipi. ^__*

PUDING KOKTAIL BERKUAH
Rujukan : Kongsi Resipi

Bahan A :
1 paket serbuk agar2 ( saya guna agar-agar cap Layang-Layang )
1 tin fruit koktel ( asingkan air dan buah )
Gula secukup rasa
Pewarna ( saya tak letak sebab dah guna agar-agar cap Layang-Layang )
Nata de coco ( saya tak letak ) 

Bahan B
1 tin susu cair
2 tin air ( guna tin susu cair )
Gula secukup rasa
3 sudu besar tepung kastard





Cara-caranya :
1. Masak agar-agar dan gula. Asingkan beberapa bahagian dan masukkan pewarna. 
    Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang berbentuk

*cara saya : Masak 1 paket agar-agar cap Layang-Layang dan masukkan gula. Tuang ke dalam bekas yang berbentuk. 

2. Bekukan agar-agar tersebut dan potong ikut bentuk kegemaran ( jika di dalam loyang ).
3. Sos kastardnya pula, campurkan kesemua Bahan B. Masak sekejap kemudian masukkan 
    air buah koktel yang telah diasingkan tadi dan sejukkan.
4. Apabila sudah sejuk, masukkan agar-agar tadi bersama nata de coco ( saya tak letak )  
    dan buah koktel ke dalam Bahan B. Untuk lebih sedap, letak batu ais.
5. Sedia untuk dihidang.


Nota : Agar-agar cap Layang-layang sudah tersedia dengan warna, dan terpulang hendak menggunakan warna apa. Saya hanya guna 1 warna sahaja. Kalau nak lebih cantik boleh guna banyak warna. Tapi kena masak asing-asing

Sunday, 5 May 2013

Kek Lapis Komando



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Satu lagi kek lapis untuk tempahan pada Hari Raya tahun lepas. Baru sekarang nak update. hehehe.. Nama kek ni pulak adalah Kek Lapis Komando. Agak pelik juga nama-nama kek lapis yang ada di Sarawak ni ye. Takpa pelik janji rasanya tak pelik kan. Kek ni saya dapat resipi nya daripada buku resipi mak yang berkurun lamanya. Al maklum la, zaman dulu-dulu mak-mak kita suka nak tulis. Buku tu pulak memang antik. Walaupun antik tetapi banyak resipi-resipi yang terdapat di dalamnya. Masih ingat lagi, tulisan mak memang cantik dan kemas. Tapi sekarang buku tu dah takda, sbb rumah yang lama kebakaran. Sedih jugak, sebab dalam buku resipi antik mak, memang banyak resipi. Nasib baik sempat salin sikit-sikit. 

Ok, kita lupakan kenangan lama. Kek ni bagi saya memang sedap dan bau kek ni pun memang wangi. Memang akan membuatkan kita tak sabar nak makan. Sebab dalam resipi kek ni, saya tambah Strawberry Emulco di adunan yang berwarna merah. Dan di setiap lapisan pulak akan ditabur dengan milo. Memang sedap. Tapi dinasihatkan, kek ini memang sedikit manis. Jadi, kena kurangkan kadar gula untuk resipi Kek Lapis Komando ini. Jom kita intai resipi.

KEK LAPIS KOMANDO

Bahan-bahannya :
6 biji telur
12 oz mentega
6 sudu susu tepung ( saya guna susu tepung Fernleaf ) 
   * kalau nak guna susu tepung Nespray pun sedap
2 gelas gula halus ( saya kurangkan kepada 1 gelas )
1 sudu kecil vanilla
1 botol kecil ovalette
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil milo
1 sudu besar strawberry emulco
Pewarna – hijau, merah, ungu & oren

Cara-caranya :
1. Panaskan ketuhar 150 darjah celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing. 
    Sediakan loyang 7' x 7' yang dilapik dengan kertas minyak.
2. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.  Masukkan telur satu-persatu.
3. Kemudian masukkan esen vanilla, ovalette, susu tepung dan tepung gandum sedikit-sedikit, 
    kacau sehingga sebati.
4. Bahagi kepada 5 warna :     a) warna asal
                                               b) warna hijau
                                               c) warna merah (letak 1 sudu strawberry emulco)
                                               d) warna ungu
                                               e) warna oren
5. Setelah itu, ambil sebanyak 4 sudu warna asal, sudukan ke dalam loyang dan ditaburkan milo. Bakar menggunakan api atas sehingga milo yang ditaburkan tadi mengering. 
( jangan terlalu lama sebab milo yang ditabur tadi mudah hangus )
6. Seterusnya ambil 4 sudu warna hijau, ditaburkan milo dan dibakar. Buatlah berselang seli seperti warna di atas sehingga adunan habis. 
7. Setelah adunan habis, bakar lapisan terakhir sehingga agak keperangan, selepas itu bakar lagi menggunakan api atas dan bawah dengan menggunakan 100 darjah celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing selama 10 minit untuk memastikan kek masak secara keseluruhan.

- Selamat mencuba -

Kek Belacan



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Jeng jeng jeng.. Kepada sesiapa yang pertama kali mendengar nama kek yang berasal daripada Sarawak ini, memang akan berasa pelik, hairan dan terkejut. Apa taknya, nama pun dah pelik. Tetapi kalau sebut saja nama Kek Belacan ni kat Sarawak, sudah tentu orang-orang Sarawak tahu kek ni. Dan masa mengukus kek ni pulak selama 8 jam. Lamaaaanya... Tetapi terdapat jugak resipi kek ini, masa mengukusnya selama 4 jam. Nama je pelik dan masa mengukus kek ni sangatlah lama, tapi rasa coklatnya sangat sedap dan moist. Memang tak rugi. Tak tahu la dari mana pulak asal nama kek ni. Mungkin rupa kek ni seakan akan belacan, maka terciptalah nama Kek Belacan untuk kek coklat ini. Teringat masa bekerja di Labuan, apabila menjelang musim perayaan, tak kisah la Krismas atau Hari Raya, pasti ada tempahan untuk membuat Kek Belacan ini. Bagi saya sendiri, Kek Belacan adalah salah satu kek yang saya minati. Jadi kepada sesiapa yang menggemari kek coklat yang moist dan nak rasa kepekatan coklatnya, bolehlah intai-intai resipi di bawah ye. Jom kita intai resipi Kek Belacan ini.

KEK BELACAN

Bahan-bahannya :
10 biji telur
1 buku buttercup
1 gelas gula
1 tin kecil susu manis
1 tin kecil kaya
100gm serbuk koko
1 paket kecil horlick
1 paket kecil milo
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil browning sugar
1 papan coklat masakan (dicairkan)

Cara-caranya :
1. Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9' x 9' yang telah
    dilapik dengan kertas minyak.
2. Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu.
    Pukul sehingga kembang.
3. Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.
4. Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. 
    Pukul lagi sehingga sebati.
5. Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan
    browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati. ( saya guna mixer saja sebab senang )
6. Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama
    8 jam atau sehingga masak.








Saturday, 4 May 2013

Nasi Goreng Planta

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Menu kali ini tersangatlah simple nya. Kalau ada yang malas masak, masak nasi goreng planta ni pun dah sodap ye tak. Ok, lihat resipi di bawah.

Nasi Goreng Planta

Bahan-bahannya :
2 mangkuk kecil nasi
5 batang hotdog ( dipotong bulat )
2 biji telur
1 biji bawang merah ( ditumbuk )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 biji cili padi ( dihiris )
3 sudu besar planta
sedikit garam

Cara-caranya :
1. Panaskan kuali dan masukkan planta.
2. Seterusnya tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
3. Masukkan hotdog dan tumis hingga agak garing.
4. Kemudian masukkan telur dan dikacau.
5. Masukkan nasi dan digaul hingga rata dan masukkan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili padi yang telah dihiris tadi dan digaul rata.
7. Sedia untuk dihidang.

Chocolate Cupcake with Cream Cheese Topping






Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Cupcake ni memang sedap. Bagi sesiapa yang memamg minat dengan kepekatan coklat dan suka kelemakan cream cheese, bolehlah mencuba resipi ini ya. Nak cerita sedikit, resipi ini saya cuba dari blog Masam Manis kepunyaan Kak Azlita. Akan tetapi telah diolah sedikit coklat + cream cheese. Kalau diikutkan resipi asal ni, topping untuk resipi cupcake ni Kak Azlita menggunakan butter cream. Tetapi saya pulak menggunakan topping cream cheese yang mana resipinya pun saya ambil dari blog Kak Azlita. Untuk pengetahuan, resipi kek saya cuba dari resipi Sesame Street Cupcake manakala untuk topping pulak saya cuba dari resipi Carrot Apple Jade Cup Cake. Jom kita lihat resipinya. Mohon share kat blog saya ya Kak Ita. TQ.


Chocolate Cupcake with Cream Cheese Topping
 Rujukan : Blog Masam Manis
               - Sesame Street Cup Cake & Carrot Apple Jade Cup Cake

Bahan-bahannya :
**100 gm serbuk koko
**1 tin susu cair
**200 gm minyak masak / minyak sayuran / butterdicairkan (saya guna buttercup)
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor (saya kurangkan)
4 biji telur (saya blend menggunakan blender)
150 gm tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
 
Cara-caranya :
1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin.  
     Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dengan telur yang telah diblend tadi.
3. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam papercup cupcake.
5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.


CREAM CHEESE TOPPING
Bahan-bahannya :
125 gm cream cheese - saya guna 250gm cream cheese
2 sudu besar butter - saya guna 4 sudu besar buttercup
2 sudu besar gula icing (diayak) - saya guna 4 sudu gula icing
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon (saya tak letak)

* saya gandakan dua resipi tersebut sebab saya hendak menggunakan topping tersebut dengan banyak. sekiranya cupcake yang dihasilkan sedikit, boleh menggunakan resipi asal.

Cara-caranya :
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
2. Masukkan adunan dalam piping bag
3. Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit
4. Pipingkan atas cupcake yg telah sejuk tadi.
5. Hias ikut kreativiti masing-masing. Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.




Nota : adunan tersebut menghasilkan sebanyak 30 biji cupcake mengikut size cupcake masing-masing.

Kembali lagi pada Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Lamaaaaaaaaaaaaanya dah tak update blog.. Sibuk la katakan.. hehe.. tanpa membuang masa jom kita kongsi bersama resipi yang telah dicuba sekian lamanya, tapi tak ter update. ^__*