Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Satu lagi kek lapis untuk tempahan pada Hari Raya tahun lepas. Baru sekarang nak update. hehehe.. Nama kek ni pulak adalah Kek Lapis Komando. Agak pelik juga nama-nama kek lapis yang ada di Sarawak ni ye. Takpa pelik janji rasanya tak pelik kan. Kek ni saya dapat resipi nya daripada buku resipi mak yang berkurun lamanya. Al maklum la, zaman dulu-dulu mak-mak kita suka nak tulis. Buku tu pulak memang antik. Walaupun antik tetapi banyak resipi-resipi yang terdapat di dalamnya. Masih ingat lagi, tulisan mak memang cantik dan kemas. Tapi sekarang buku tu dah takda, sbb rumah yang lama kebakaran. Sedih jugak, sebab dalam buku resipi antik mak, memang banyak resipi. Nasib baik sempat salin sikit-sikit.
Ok, kita lupakan kenangan lama. Kek ni bagi saya memang sedap dan bau kek ni pun memang wangi. Memang akan membuatkan kita tak sabar nak makan. Sebab dalam resipi kek ni, saya tambah Strawberry Emulco di adunan yang berwarna merah. Dan di setiap lapisan pulak akan ditabur dengan milo. Memang sedap. Tapi dinasihatkan, kek ini memang sedikit manis. Jadi, kena kurangkan kadar gula untuk resipi Kek Lapis Komando ini. Jom kita intai resipi.
KEK LAPIS KOMANDO
Bahan-bahannya :
6 biji telur
12 oz mentega
6 sudu susu tepung ( saya guna susu tepung Fernleaf )
* kalau nak guna susu tepung Nespray pun sedap
2 gelas gula halus ( saya kurangkan kepada 1 gelas )
1 sudu kecil vanilla
1 botol kecil ovalette
2 gelas tepung gandum
1 bungkus kecil milo
1 sudu besar strawberry emulco
Pewarna – hijau, merah, ungu & oren
Cara-caranya :
1. Panaskan ketuhar 150 darjah celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.
Sediakan loyang 7' x 7' yang dilapik dengan kertas minyak.
2. Mentega dan gula dipukul
hingga kembang. Masukkan telur
satu-persatu.
3. Kemudian masukkan esen vanilla,
ovalette, susu tepung dan tepung gandum sedikit-sedikit,
kacau sehingga sebati.
4. Bahagi kepada 5 warna : a) warna asal
b) warna hijau
c) warna merah (letak 1
sudu strawberry emulco)
d) warna ungu
e) warna oren
5. Setelah itu, ambil sebanyak 4 sudu warna asal, sudukan ke dalam loyang dan ditaburkan milo. Bakar menggunakan api atas sehingga milo yang ditaburkan tadi mengering.
( jangan terlalu lama sebab milo yang ditabur tadi mudah hangus )
6. Seterusnya ambil 4 sudu warna hijau, ditaburkan milo dan dibakar. Buatlah berselang seli seperti warna di atas sehingga adunan habis.
7. Setelah adunan habis, bakar lapisan terakhir sehingga agak keperangan, selepas itu bakar lagi menggunakan api atas dan bawah dengan menggunakan 100 darjah celcius atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing selama 10 minit untuk memastikan kek masak secara keseluruhan.
- Selamat mencuba -
No comments:
Post a Comment