Red Velvet Cupcake untuk Hari Ibu |
Hari ini, 12.05.2013 atau minggu kedua di dalam bulan Mei, merupakan Hari Ibu. Diucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar Ibu, terutama sekali kepada ibu kandung Sapariah @ Norma binti Hj Suip dan ibu mertua Rosnah Binti Abu Bakar. IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU. Tanpa pengorbanan mak yang telah mengandungkan saya selama 9 bulan, yang telah menahan sakitnya sewaktu melahirkan saya, yang telah menyusukan saya apabila saya haus atau lapar, dan sekiranya tanpa kasih sayang dan pengorbanan mak semasa membesarkan saya, tanpa penat dan lelah mak menjaga saya semasa saya sakit, dan tanpa merungut penat balik daripada kerja mak terus memasak untuk saya, dan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar mak kepada saya selama ini, mungkin saya tidak akan dapat terus hidup seperti hari ini. Alhamdulillah dan terima kasih diatas segalanya mak. Sejujurnya, saya tidak dapat membalas atas apa yang telah mak curahkan kepada saya. Hanya dengan iringan doa, agar mak diampunkan dosa, dibahagiakan di dunia dan diakhirat, diberkati di dunia dan di akhirat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, diberi kesihatan selalu dan agar mak sentiasa dilindungi dimana sahaja dia berada. Hanya berdoa kepada Allah S.W.T untuk mak, yang hanya dapat dilakukan. I love u mak...!!!
Sempena Hari Ibu ni, dengan bersungguh-sungguh nya saya membuat cupcake istimewa untuk mak, mak mertua dan makcik-makcik yang berada di Miri. Dan pertama kalinya juga, saya telah mencuba Red Velvet Cake Mix yang dijual di KST Bakery Ingredients, Miri. Senang, mudah, ringkas dan cepat jawapannya. hehe.. Hanya perlu menambah air sebanyak 195gm dan minyak masak sebanyak 100gm. Lepas tu gaulkan menggunakan mixer dan selepas itu bolehlah dibakar. Sangat mudahkan. Bagi saya, rasanya agak sedikit manis, tapi memang sedap. Saya telah membuat 2 bungkus Red Velvet Cake Mix, dan hasilnya saya mendapat sebanyak 32 biji cupcake. (mengikut size cupcake masing-masing). Topping nya pulak, saya menggunakan cream cheese. Memang gabungan yang mantap. Resipi cream cheese ada saya sediakan. Manakala dekorasi terpulanglah kepada krativiti masing-masing. Walaupun agak sedikit comot, tapi saya membuatnya dengan penuh kasih sayang tau. ^__*
Dibeli daripada KST Bakery Ingredients |
CREAM CHEESE TOPPING
250gm cream cheese
4 sudu besar mentega
2 sudu besar gula icing
No comments:
Post a Comment